NUBE PKP RAIKAN SEMANGAT JUANG AHLI DALAM MAJLIS MAKAN TENGAH HARI PENGHARGAAN HARI PEKERJA!
25 Mei 2025 | The Light Hotel, Seberang Jaya
Sebagai tanda penghargaan atas keberanian dan komitmen ahli yang turun ke Perhimpunan Hari Pekerja di Putrajaya pada 1 Mei, NUBE PKP telah mengadakan Majlis Makan Tengah Hari Penghargaan Hari Pekerja yang meriah dan penuh semangat kesatuan.
Lebih 140 ahli dari Alor Setar hingga ke seluruh Pulau Pinang hadir dalam majlis ini, menyatukan suara dan semangat perjuangan dalam satu majlis yang bermakna.
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan dan penghargaan daripada Pengerusi NUBE PKP, Sdr. Abdul Jamil bin Haji Jalaludeen yang mengiktiraf setiap ahli sebagai tulang belakang kekuatan kesatuan.
Setiausaha Cawangan Sis Siti Haryati Kamal dan jawatankuasa cawangan turut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli yang telah bersama dalam perjuangan 1 Mei.
Acara diserikan dengan cabutan bertuah dan nyanyian oleh ahli yang memeriahkan suasana, menandakan bahawa perjuangan juga mampu diraikan dengan penuh semangat kekeluargaan.
“Hari ini kita raikan — tapi perjuangan belum selesai. Selagi ada penindasan, kita akan terus melawan.”
Terima kasih kepada seluruh ahli NUBE PKP.
Solidariti bukan hanya pada hari perhimpunan, tetapi dalam setiap detik perjuangan.
#VoiceOfTheVoiceless #WorkersVoice #NUBERising #MayDay2025 #UnionPower #NUBEPKP #WorkerSolidarity #TogetherWeRise #WeFightForOurRights #LongLiveWorkers #SuaraPekerja #1Mei2025 #NUBEBangkit #SolidaritiPekerja #PerjuanganBersama #KitaLawanUntukHakKita #HidupPekerja
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now