MTUC: MENTERI SUMBER MANUSIA BERTANGGUNGJAWAB PENUH ATAS DELEGASI CACAT KE ILO!
MTUC hari ini membidas keras Steven Sim Chee Keong 沈志强 kerana campur tangan dalam hal ehwal dalaman kesatuan dan menyesatkan rakyat kononnya MTUC tiada kepimpinan. Hakikatnya, Jawatankuasa Khas yang kini menerajui MTUC dilantik secara sah oleh Mahkamah Rayuan sejak Februari.
Menteri hanya perlu serah nama yang diberikan oleh MTUC — bukan sabotaj! Tapi apa yang berlaku? Wakil pekerja gagal didaftar, Malaysia dimalukan di Geneva, dan kini disiasat kerana langgar Konvensyen 98 ILO berkaitan kebebasan berpersatuan dan rundingan bersama.
MTUC juga menuduh Sim salah guna jentera kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara untuk lindungi salahlakunya. Jika benar ikhlas mahu wakili pekerja, beliau sepatutnya berhubung terus dengan Jawatankuasa Khas sebaik menerima jemputan ILO.
Kerajaan MADANI tak boleh terus diam. Kami desak RCI segera dan Steven Sim mesti dipecat sebelum maruah pekerja Malaysia terus dipijak!
Baca artikel penuh di sini:
https://www.malaymail.com/.../mtuc-says-human.../179608
#VoiceOfWorkers #StevenSimFail #RCINow #MadaniFail #MTUCShutOut #ILO113 #Convention98 #UnionBusting #SolidarityForever #WorkersRise #SuaraPekerja #RCISekarang #StevenSimGagal #MadaniGagal #MTUCDipinggir #Konvensyen98 #SolidarityForever #PekerjaBangkit
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now