Petaling Jaya, 10 Jun 2025
Mesyuarat Am Tahunan bagi ahli-ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) di Maybank Cawangan Jalan 222 telah berlangsung dengan jayanya malam ini, bertempat di bilik mesyuarat utama cawangan berkenaan.
Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli-ahli kesatuan yang aktif, dengan semangat ukhuwah yang utuh. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Bro Mohd Faisal Hussin dan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa NUBE KLSP, Bro Muhammad Nizar yang turut memberikan sokongan sepanjang perjalanan mesyuarat.
Antara agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat ini termasuk:
• Peranan NUBE dalam memperjuangkan Hak-Hak Pekerja.
• Kepentingan mengambil tahu maklumat terkini NUBE.
• Perkembangan terkini tentang Perjanjian Kolektif CA ke-20 dan FA.
• Permasalahan yang timbul di cawangan ini.
• Menerangkan kepentingan laporan Aduan Rasmi (GIF).
Dalam ucapannya, Bro Mohd Faisal menekankan kepentingan perpaduan di kalangan ahli kesatuan serta peranan aktif setiap ahli dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja, khususnya dalam landskap perbankan yang semakin mencabar.
Beliau turut menyeru semua ahli agar terus memberi sokongan kepada program-program yang dianjurkan oleh NUBE di peringkat cawangan mahupun pusat.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.00 malam setelah semua agenda diterangkan dengan lancar dan penuh semangat kesatuan.
#NUBESolidarity #KesatuanBersatu #HakPekerja #WorkersRights #PerjuanganBersama #TogetherWeRise #MaybankJalan222 #NUBEKLSP #MesyuaratAgung #AnnualGeneralMeeting #SokongNUBE #SupportUnion
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now