12 Jun 2025

BERITA NUBE

 

PROGRAM INDUKSI BERSAMA AHLI DI BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD, CAWANGAN PUNCAK ALAM

Puncak Alam, 10 Jun 2025 – Dalam usaha memperkukuh kefahaman berkenaan peranan serta tanggungjawab kesatuan sekerja dalam kalangan ahli, NUBE KLSP telah mengadakan sesi induksi bersama pekerja di Bank Muamalat Malaysia Berhad, Cawangan Puncak Alam.

Sesi ini dilaksanakan berlandaskan Artikel 1(3), Perjanjian Kolektif Ke-19 yang memperuntukkan ruang untuk kesatuan memperkenalkan fungsi dan objektif perjuangannya kepada ahli yang baru menyertai sektor perbankan.

Taklimat telah disampaikan oleh AJK NUBE KLSP, Sdr Yushamizan Bin Yusoff bersama-sama Ketua Zon, Sdr Saifulizan Bin Hajidan yang turut hadir memberikan sokongan.

NUBE KLSP turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Sdr Mohd Syahmi Azreen Bin Adnan dari Bank Muamalat Cawangan Puncak Alam atas kehadiran serta membuat pilihan bijak untuk menjadi ahli NUBE dalam sesi ini.

Terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan bank yang telah menunjukkan kerjasama baik serta menyediakan kemudahan yang diperlukan demi kelancaran sesi, seiring dengan semangat Artikel 1(3), Perjanjian Kolektif Ke-19.

Komitmen NUBE KLSP untuk terus mendekati ahli dan memupuk kesedaran perjuangan kesatuan akan diteruskan secara konsisten demi membina kesedaran berkenaan hak di tempat kerja.

#NUBE #Solidarity #KesatuanSekerja #HakPekerja #NUBEKLSP #BankMuamalat #PuncakAlam #PerjanjianKolektif #TradeUnionRights #InductionProgram #Artikel13CA19 #BersatuKitaTeguh

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]