PROGRAM INDUKSI BERSAMA AHLI DI BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD CAWANGAN PEKAN, PAHANG
Kuantan, 12 Jun 2025 – Di atas kesedaran dan tanggungjawab sebagai sebuah kesatuan sekerja, NUBE KLSP telah meneruskan kembara ke negeri Pahang dalam satu lagi sesi induksi khas bersama kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad yang datangnya kali ini dari Cawangan Pekan, Pahang.
Sesi ini dijalankan di BMMB cawangan Indera Mahkota selaras dengan Artikel 1(3), Perjanjian Kolektif Ke-19 yang memberi ruang kepada kesatuan untuk memperkenalkan fungsi dan hak sebagai ahli NUBE serta polisi, terma dan syarat-syarat pekerjaan kepada ahli baharu yang menyertai sektor perbankan.
Taklimat telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa NUBE KLSP, Sdr Yushamizan Bin Yusoff bersama-sama Naib Pengerusi NUBE KLSP, Sdr Mohd Faisal Bin Husin yang turut turun padang memberikan sokongan padu.
Tahniah diucapkan kepada Sdri Nafisya Nabila dari Bank Muamalat Cawangan Pekan atas kehadiran serta keberanian membuat keputusan tepat menyertai keluarga besar NUBE.
Penghargaan turut ditujukan kepada pihak pengurusan bank atas kerjasama yang diberikan serta kemudahan yang disediakan bagi memastikan kelancaran sesi ini.
NUBE KLSP akan terus komited mendekati ahli di lapangan serta membina kesedaran dan memperkukuhkan hak-hak di tempat kerja kepada warga industri perbankan.
#NUBEBersamaAhli #NUBEWithMembers #KesedaranPekerja #WorkerAwareness #HakDiTempatKerja #WorkplaceRights #BersatuKitaTeguh #StrongerTogether #SektorPerbankan #BankingSector #InduksiNUBE #NUBEInduction #KeluargaNUBE #NUBEFamily #SuaraPekerja #VoiceOfWorkers #SokongKesatuan #SupportUnions
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now