MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) DI RHB BANK,AIR ITAM - NUBE PKP
Air Itam Penang, 19 Jun 2025 - AJK Cawangan NUBE PKP iaitu Sdra T.Eswaran PJM AJK dan Sdra Alvin PJM AJK telah hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di RHB Bank Cawangan Air Itam bagi perlantikan AJK Penyelaras bagi sesi 2025/2026.
Isu utama yang dibincangkan melalui mesyuarat ini ialah :
Perkembangan terkini Perjanjian Kolektif (CA)
Pastikan ahli-ahli terus mengikuti dan mendapatkan perkembangan terkini melalui saluran yang tepat dan sahih.
Kepentingan memelihara perpaduan
Memelihara perpaduan adalah usaha berterusan dan holistik, melibatkan semua ahli kesatuan bermula dari akar umbi sehingga ke peringkat kepimpinan.
Sekiranya perpaduan ini terus dipelihara bersama,sebuah kesatuan yang kukuh dan harmoni dapat dipertahankan.
Syabas dan Tahniah kepada AJK Penyelaras di RHB Bank Air Itam yang dilantik bagi sesi baru 2025/2026.
Mata berair hingga merah,
Jadi penghalang untuk melihat;
Jika sudah diberi amanah,
Lakukanlah dengan cermat.
#NUBEMalaysia #RHBBankAirItam #AGM2025 #KesatuanPekerja #SolidaritiKesatuan #PerpaduanPekerja #NUBEPKP #PekerjaBersatu #HakPekerja #AmanahDipikul #WorkersUnion #UnionSolidarity #StrongerTogether #WorkersRights #LeadershipWithIntegrity #UnitedForChange
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now