NUBE PKP Hadir di Mesyuarat Agung Tahunan RHB Kampung Gajah, Butterworth
Pada 23 Jun 2025, NUBE Cawangan Penang/Kedah/Perlis (NUBE PKP) telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) RHB Kampung Gajah di Butterworth, Pulau Pinang. Kehadiran NUBE PKP adalah atas jemputan dan diketuai oleh Setiausaha Kehormat NUBE PKP, Sis Siti Haryati Kamal, bersama Ahli Jawatankuasa, Sis Nur Marjaan Abdul Hamid selaku Ketua Zon, dan Ahli Jawatankuasa Kerja, Bro Mohd Ayub.
Pelantikan Jawatankuasa Penyelaras (IRC) dan Fokus Isu Pekerjaan
Semasa AGM, pelantikan Jawatankuasa Penyelaras (IRC) telah diadakan dan tahniah diucapkan kepada mereka yang dilantik. Ahli-ahli IRC diingatkan tentang tugas dan peranan mereka dalam menjaga kebajikan ahli.
Antara isu utama yang dibincangkan termasuklah:
Keselamatan pekerjaan
Pengurusan ketepatan masa (tardiness) di tempat kerja
Pengendalian aduan (grievance handling)
Pentingnya laporan bertulis dari ahli
Isu-isu ini dianggap kritikal bagi memastikan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif. Ahli disarankan untuk membuat laporan bertulis apabila timbul sebarang permasalahan di tempat kerja untuk memudahkan proses penyelesaian masalah dan isu yang berbangkit.
Perkembangan terkini mengenai perbicaraan Perjanjian Bersama (CA) di Mahkamah Perindustrian turut dikongsi bersama. Sekali lagi ahli ditegaskan bahawa kita masih berada dalam fasa pertikaian perdagangan (trade dispute). Sehubungan itu, kita tetap mengekalkan pendirian untuk mengatakan 'tidak' kepada aktiviti sosial dan e-learning selagi isu perundingan ini belum selesai.
ONE FOR ALL ALL FOR ONE
#NUBEMalaysia #RHBCawanganKampungGajah #Butterworth #AGM2025 #NUBEPKP #WorkersRights #UnionSolidarity #TradeDispute #CollectiveAgreement #StrongerTogether #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now