04 Jul 2025

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE PKP DI BUTTERWORTH & BAGAN AJAM

Butterworth, 01/07/2025 – Sdri Marjaan Binti Abdul You, Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP, telah menjalankan satu sesi lawatan kerja turun padang ke beberapa cawangan bank di kawasan sekitar sini.

Lawatan kerja ini merangkumi:

RAQM Butterworth

Maybank Butterworth

Public Bank Bagan Ajam

Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau keadaan tempat kerja dan mendengar maklum balas daripada ahli serta menyampaikan perkembangan semasa berkaitan isu-isu perburuhan dan peranan aktif NUBE dalam mempertahankan hak pekerja sektor perbankan.

Dalam lawatan ini, Sdri Marjaan turut menyampaikan maklumat penting berkaitan penilaian prestasi (appraisal), pelaksanaan e-learning, dan perkembangan semasa Perjanjian Kolektif (CA). Ahli juga dimaklumkan tentang keperluan untuk sentiasa peka terhadap sebarang arahan kerja baharu yang melibatkan perubahan beban tugas, waktu kerja, atau KPI, agar hak mereka sentiasa dilindungi mengikut Akta Kerja dan perjanjian bersama (CA).

Ahli diingatkan supaya terus berhubung rapat dengan ketua Zon dan NUBE cawangan sekiranya menghadapi sebarang bentuk tekanan, ketidakadilan dalam penilaian prestasi, atau isu tempat kerja yang belum diselesaikan. NUBE sentiasa bersedia untuk membantu dan memberi pembelaan sewajarnya.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan NUBE di peringkat cawangan dalam memastikan setiap suara ahli terus dibela dan didengari.

#NUBEMalaysia #WorkVisit2025 #Butterworth #BaganAjam #NUBEPKP #WorkersVoice #UnionSupport #CollectiveAgreement #BankWorkersRights #UnionOnTheGround #StrongerTogether #LawatanKerja2025 #SuaraPekerja #KesatuanPekerja #PerjanjianKolektif #PekerjaBersatu #UnionOnTheGround

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]