CEO RHB Dakwa Semua Pekerja Terima Gaji Lebih RM3,100? Itu Bohong!
Datuk Mohd Rashid, CEO RHB kata semua pekerja mereka dibayar sekurang-kurangnya RM3,100 sebulan. Tapi hakikatnya, bawah Perjanjian Kolektif (CA) yang masih sah, gaji minimum pekerja RHB masih serendah RM2,370!
Berdasarkan CA ke-19 (yang masih berkuatkuasa), majoriti pekerja berjawatan kerani dan bukan kerani – terutamanya Enabler 1 dan 2 – masih menerima gaji bawah RM3,100. Jika benar semua pekerja kini dibayar melebihi paras itu, maka RHB sama ada sedang membelakangkan CA (yang mengikat secara sah), atau cuba mengelirukan rakyat.
Kalau betul RHB ikhlas nak bayar ikut paras sara hidup, kenapa tak runding CA dengan NUBE? Kenapa pekerja yang dirundingi dalam CA masih dibayar bawah paras “living wage” itu?
Apa yang mereka laungkan sebagai inisiatif korporat – bantuan kewangan, pinjaman, Dana Kebajikan – semuanya hasil rundingan keras NUBE, bukan hadiah dari bank!
Kami takkan berdiam bila fakta diputar. Jangan terpedaya dengan propaganda GLC kononnya prihatin. Sila baca sendiri artikel penuh di bawah dan nilaikan siapa sebenarnya sedang kelirukan rakyat!
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/07/1414707/rhb-bayar-pekerja-setara-lebih-daripada-gaji-sara-hidup-nasional
#RHBLied #RealWageIsRM2370NotRM3100 #CA20Sabotaged #VoiceOfWorkers #OneForAllAllForOne #GLCPropaganda #BanksProfitWorkersSuffer #StopTheSpin
#RHBGagal #GajiRM2370BukanRM3100 #CA20Disabotaj #SuaraPekerja #BankUntungPekerjaTertindas #RakyatDinipuLagi #sdg #ESG #bursamalaysia #humanrights
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now