Mesyuarat 16 Cawangan RHB PKP Berlangsung di NUBE House Penang
Pulau Pinang, 2 Julai 2025 – Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) melibatkan 16 cawangan RHB dari Zon Utara telah berjaya dilangsungkan di NUBE House Penang dalam suasana penuh semangat perpaduan dan solidariti pekerja.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi NUBE PKP Sdr Abdul Jamil Bin Haji Jalaludeen dengan sokongan barisan pimpinan cawangan iaitu Naib Pengerusi Sdr Zainul, Setiausaha Kehormat Sdr Siti Haryati serta Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP yang turut hadir bersama.
Seramai 30 ahli NUBE dari Pulau Pinang dan Kedah menghadiri mesyuarat ini, menunjukkan komitmen berterusan terhadap kekuatan organisasi kesatuan di peringkat akar umbi.
Satu sesi dialog terbuka bersama kepimpinan turut diadakan bagi membincangkan pelbagai isu di tempat kerja, di samping ruang soal jawab yang memberi peluang kepada ahli melontarkan persoalan, cadangan serta kegusaran mereka secara terus kepada pimpinan NUBE.
Pihak pimpinan mengambil maklum dengan penuh perhatian terhadap segala masalah berbangkit yang dikemukakan termasuk isu berkaitan pengurusan tempat kerja, ketidaktelusan dalam urus tadbir serta kebajikan ahli yang perlu diberi keutamaan. Semua pandangan dan aduan telah direkodkan dan akan dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk tindakan susulan.
Dalam ucapannya, Sdr Abdul Jamil menyeru semua ahli agar tidak hanya menjadi pemerhati dalam perjuangan kesatuan tetapi perlu berdiri teguh bersama kepimpinan untuk mempertahankan hak dan maruah pekerja.
“Kita jangan sekadar menjadi penonton. Hak kita tidak akan datang bergolek. Kita perlu bersama bangkit bersuara dan berani ke hadapan bila hak kita digugat,” tegas beliau.
Beliau juga menekankan bahawa kekuatan sebenar NUBE bukan hanya pada pimpinan, tetapi pada kesatuan hati dan semangat juang setiap ahli di tempat kerja.
Mesyuarat ini bukan sahaja menjadi platform pelaporan tahunan tetapi turut menjadi medan memperkukuhkan solidariti dan membina kekuatan bersama menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin kompleks.
NUBE terus komited memastikan suara ahli didengar, hak dijamin, dan perjuangan diteruskan demi masa depan pekerja yang lebih adil dan bermaruah.
#NUBEMalaysia #RHBNorthernBranches #AGM2025 #NUBEPKP #WorkersVoice #UnionSolidarity #DefendWorkersRights #CollectiveStrength #UnionPower #StrongerTogether #WorkersUnite #RHBCawanganUtara #SuaraPekerja #SolidaritiKesatuan #HakPekerja #PerjuanganBersama #UnionStrength #PekerjaBersatu
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now