ILO TEGUR MALAYSIA!
Utusan melaporkan, Malaysia dikecam di Geneva oleh ILO kerana gagal lindungi hak pekerja dan kebebasan bersuara kesatuan! Ini bukan fitnah. Ini teguran rasmi daripada badan buruh dunia. Malu satu dunia!
ILO tegaskan:
Malaysia gagal lindungi pekerja dari diskriminasi anti kesatuan
Proses perundangan tidak adil, pekerja tiada akses keadilan
Rundingan kolektif disabotaj, suara pekerja disekat
Teguran ILO ini hanya mengesahkan apa yang NUBE dan ahli kami hadapi selama ini. Sabotaj CA20, pelanggaran FA, gangguan hak berunding, dan tindakan-tindakan KESUMA yang terang-terangan menyebelahi bank. Ini bukan kes terpencil. Ini adalah corak penindasan sistematik terhadap pekerja sektor perbankan.
MTUC akhirnya diberi peluang bersuara selepas diketepikan KESUMA. Tapi aib negara dah tersebar. Negara lain lihat kita sebagai penindas pekerja.
Baca laporan penuh oleh Utusan:https://www.utusan.com.my/.../ilo-tegur-malaysia-gagal.../
KESUMA gagal. Menteri gagal. Pekerja bangkit lawan!
#ILO2025 #MalaysiaShamed #WorkersRightsViolated #KESUMAFail #MTUCSidelined #OneForAllAllForOne #VoiceOfWorkers #MalaysiaDimalukan #HakPekerjaDinafi #KESUMAGagal #MTUCDipinggir #SuaraPekerja
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now