LAWATAN KERJA ZON 6 DI ALOR SETAR PERKUKUH HUBUNGAN NUBE DENGAN AHLI
Alor Setar, Kedah, 2 Julai 2025 – Satu lawatan kerja telah berjaya dilaksanakan oleh barisan pimpinan NUBE Zon 6 ke beberapa cawangan bank di sekitar Alor Setar. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Zon 6 merangkap Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP, Sdr Zaini Halidan bersama dua orang Ahli Jawatankuasa Kerja Zon 6, Sdr Sallehuddin dan Sdr Faisol.
Bank-bank yang telah dilawati sepanjang sesi lawatan ini adalah:
Hong Leong Bank Jalan Gangsa
Hong Leong Bank PSAH
Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) Alor Setar
MBSB Bank Alor Setar
Affin Bank Alor Setar / Affin Islamic AFC
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan hubungan antara kesatuan dan ahli di tempat kerja serta mengambil maklum secara langsung isu-isu berbangkit yang dihadapi oleh ahli di setiap cawangan. Pimpinan zon juga turut menyampaikan penerangan berkenaan hak-hak pekerja, perkembangan semasa kesatuan, serta menyeru ahli agar terus berdiri teguh bersama perjuangan kesatuan.
NUBE percaya bahawa kehadiran pimpinan secara fizikal di tempat kerja memainkan peranan penting dalam menyuntik semangat solidariti dan memperkukuh kepercayaan ahli terhadap gerakan kesatuan. Lawatan ini turut membuka ruang dialog dua hala yang membina antara ahli dan pimpinan.
Pihak zon merakamkan penghargaan kepada semua ahli yang menerima kehadiran pegawai NUBE dengan penuh mesra dan profesional. Diharapkan lawatan seperti ini dapat diteruskan secara berkala demi memastikan suara ahli sentiasa didengar dan diperjuangkan.
#NUBEMalaysia #Zone6 #AlorSetar #NUBEPKP #WorkplaceVisit #UnionSolidarity #WorkersRights #WorkersVoice #UnionEngagement #StrongerTogether #UnionOnTheGround #LawatanKerja #SolidaritiPekerja #KesatuanPekerja #SuaraPekerja
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now