NUBE PKP HADIR KE AGM UOB BANK ALOR SETAR – PERKUKUH SOLIDARITI & LANTIKAN IRC BAHARU
Pada 3 Julai 2025 – NUBE PKP telah menerima jemputan untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang dianjurkan oleh ahli-ahli UOB Bank Cawangan Alor Setar.
Wakil NUBE PKP yang hadir ialah Ketua Zon, Sdr Zaini Halidan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Cawangan, bersama-sama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Sallehuddin dan Sdr Shukri. Kehadiran mereka adalah lambang sokongan padu kepada ahli di peringkat akar umbi.
Dalam ucapannya Sdr Zaini telah menyampaikan mesej perkembangan terkini berkenaan pertikaian yang sedang berlaku, cabaran yang sedang dihadapi oleh ahli di bawah tekanan majikan serta usaha berterusan NUBE dalam memperkukuhkan kekuatan kolektif melalui rundingan, advokasi dan tindakan bersama.
Beliau turut menegaskan pendirian penuhnya dalam mengajak semua ahli untuk terus kekal bersama perjuangan kesatuan. Menurutnya lagi, dalam apa jua situasi sekalipun, perpaduan dan kehadiran aktif ahli adalah benteng utama yang mampu mempertahankan hak dan maruah pekerja.
Selain itu, AGM ini turut menyaksikan pelantikan wakil IRC (Inter Relation Committee) yang baharu bagi tempoh 2025–2026 sebagai kesinambungan kepimpinan akar umbi yang akan terus menjadi suara dan penghubung penting antara ahli dan kepimpinan pusat.
NUBE PKP merakamkan penghargaan kepada ahli UOB Bank Alor Setar atas jemputan dan sambutan yang diberikan. Semangat solidariti yang dipamerkan jelas membuktikan bahawa perjuangan ini bukan sekadar kata-kata tetapi dibuktikan dengan kehadiran dan komitmen bersama.
Sebelum AGM bermula, Sdr Zaini Halidan dan pasukan sempat membuat lawatan kerja ringkas ke dua cawangan bank yang berhampiran bagi menyantuni ahli-ahli NUBE di cawangan terbabit.
#NUBEMalaysia #UOBAlorSetar #AGM2025 #NUBEPKP #UnionSolidarity #WorkersStruggle #IRC2025 #UnionRepresentation #UnitedWorkers #StrongerTogether #WorkersVoice #SolidaritiKesatuan #PerjuanganPekerja #KesatuanPekerja #PekerjaBersatu #SuaraPekerja
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now