MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) & LAWATAN KERJA ZON 3 – NUBE PKP
9 Julai 2025, Perai Penang – Pegawai NUBE PKP iaitu AJK Cawangan Sdri Marjaan dan Sdra Mohd Shukri bersama AJK Kerja Mohammad Ayup telah hadir ke RHB Bank Taman Inderawasih bagi perlantikan AJK Penyelaras (IRC) 2025/2026 dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang dijalankan pada hari ini.
Selain itu, lawatan kerja turut dilaksanakan di beberapa buah bank sekitar Perai iaitu:
Public Bank Taman Inderawasih
Maybank Taman Inderawasih
Affin Bank Taman Inderawasih
Ketika lawatan, Pegawai NUBE PKP memberi penekanan mengenai etika kerja profesional seperti amanah, integriti dan kejujuran adalah perlu dititikberatkan oleh setiap ahli NUBE bagi mengelakkan sebarang tindakan tatatertib boleh diambil.
Selain itu, manfaat bersikap jujur walau dalam hal yang kecil dan penuh integriti mampu membentuk reputasi yang baik dan hubungan kerja yang harmoni
Pegawai NUBE PKP juga sangat berbesar hati sekiranya Ahli NUBE sentiasa mendapatkan khidmat nasihat dari Kesatuan bagi sebarang permasalahan.
Syabas dan Tahniah kepada semua Ahli NUBE yang sentiasa memberi sokongan padu kepada setiap perjuangan NUBE.
#NUBEMalaysia #Zon3 #PeraiPenang #AGM2025 #NUBEPKP #LawatanKerja #IRC2025 #EtikaKerja #IntegritiPekerja #SolidaritiKesatuan #StrongerTogether
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now