12 Jul 2025

BERITA NUBE

 

Pertemuan Mesra & Mesyuarat Bersama Ahli – Maybank Bandar Baru Uda

Petang 10 Julai, sekitar jam 5.30 petang, NUBE SMJ telah mengadakan satu sesi perjumpaan dan mesyuarat bersama ahli-ahli di Maybank Bandar Baru Uda. Mesyuarat ini adalah sebahagian daripada rutin biasa kami untuk turun padang dan mendengar sendiri isu serta pandangan ahli di cawangan.

Apa yang cukup istimewa, Presiden NUBE yang juga merupakan Branch Secretary turut meluangkan masa hadir bersama delegasi cawangan termasuk Bro. Azlan (Zon Leader), Bro. Norsyahril (Branch Committee), Bro. Saiful Alam, Bro. Eddie dan Bro. Heilis (semua dari Working Committee).

Mesyuarat yang berlangsung hampir sejam ini membincangkan pelbagai isu penting termasuk:

Perkembangan terkini rundingan Perjanjian Bersama (Collective Agreement) yang dihantar terus ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri Kesuma tanpa proses rundingan dengan MCBA — satu tindakan yang bercanggah dengan Konvensyen ILO 98 yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia.

Isu-isu semasa dalam industri perbankan termasuk digitalisasi sektor, peranan dan beban kerja Cash Authorizer, keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), serta hak-hak asas pekerja.

Penekanan juga diberikan tentang kepentingan mendapatkan nasihat atau maklumat daripada wakil rasmi kesatuan di cawangan, bagi mengelakkan kekeliruan dan masalah di kemudian hari akibat maklumat dari sumber yang tidak sah.

Mesyuarat berakhir sekitar jam 7.15 malam dalam suasana yang positif dan penuh semangat. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan terus setia bersama NUBE.

Kami akan terus bersama anda, turun ke lapangan, mendengar dan memperjuangkan suara anda.

#NUBEMalaysia #MaybankBBU #MemberEngagement #NUBESMJ #CollectiveAgreement #ILO98 #WorkersRights #OSH #BankDigitalisation #UnionSupport #StrongerTogether #WorkersVoice #MesyuaratAhli #PerjanjianBersama #HakPekerja #DigitalisasiBank #KesatuanPekerja #SuaraPekerja

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]