24 Jul 2025

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE KT KE DAERAH JERTEH – SUARA AHLI DIDENGAR, SOLIDARITI DIPERKUKUH

17 Julai 2025 – Satu lawatan kerja rasmi telah dijalankan oleh NUBE Kelantan-Terengganu (KT) ke daerah Jerteh, Terengganu.

Lawatan ini diketuai oleh Saudara Mohd Azizul Bin Fouzi, Setiausaha Cawangan NUBE KT bersama Saudara Helmie Bin Ahmad (Pegawai IR), serta barisan AJK yang hadir iaitu Saudara Nik Mohamad Zulfazlie Bin Nik Mustoffa, Saudari Mardiana Binti A.Rahim, dan Saudari Siti Khadijah Binti Ya.

Kehadiran ahli daripada pelbagai institusi perbankan seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, dan Bank Muamalat membuktikan bahawa semangat solidariti dalam kalangan ahli NUBE kekal kuat dan utuh.

Perbincangan meliputi pelbagai isu semasa berkaitan kebajikan pekerja, hak kesatuan, serta perkembangan terkini dalam industri. Lawatan ini juga memberi ruang terbuka kepada ahli untuk meluahkan pandangan, mengemukakan aduan, dan mendapatkan penjelasan terus daripada pimpinan berhubung isu-isu yang membabitkan hak mereka di tempat kerja.

NUBE percaya bahawa hanya dengan kehadiran bersama di lapangan, suara ahli dapat benar-benar didengar dan diperjuangkan.

#NUBEMalaysia #NUBEKT #JertehVisit2025 #WorkersRights #UnionSolidarity #OnTheGround #GrassrootsEngagement #UnionInAction #LawatanJerteh2025 #KesatuanPekerja #SolidaritiPekerja #HakPekerja #OneForAllAllForOne #TurunPadang

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]