27 Jul 2025

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) Public Bank Air Itam - NUBE PKP

18 Julai 2025, Air Itam Penang – Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bertujuan melantik AJK Penyelaras (IRC) bagi sesi 2025/2026 telah diadakan di Public Bank Air Itam pada hari ini.

Sdra Zainul Ahamad Mydin merangkap Naib Pengerusi Nube PKP bersama AJK Cawangan Sdra T. Eswaran PJM dan Sdra Alvin PJM telah hadir ke Mesyuarat ini.

Ahli-ahli di cawangan bank tersebut menyatakan kesediaan untuk terus membantu dan menyokong usaha berterusan NUBE dalam memperjuangkan hak dan kebajikan ahli-ahli NUBE.

Selain itu, Pegawai Nube PKP juga mengingatkan ahli supaya sentiasa:

Menjaga disiplin dan Etika Kerja

Melaksanakan tugas dengan cekap dan mengikut prosedur

Memberikan prestasi terbaik

Menjalin hubungan yang baik bersama rakan sekerja

Syabas dan tahniah kepada semua ahli Nube di Public Bank Air Itam di atas perlantikan AJK Penyelaras yang baru. Pimpinlah dengan hati, berkhidmatlah dengan ikhlas, dan jadikan integriti sebagai pedoman.

#NUBEPKP #PublicBankAirItam #UnionSolidarity #WorkersRights #OneForAllAllForOne #IRC2025 #KesatuanPekerja #SolidaritiPekerja

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]