NUBE TERUS BERSUARA UNTUK AHLI! BERSAMA AHLI!
CIMB Cawangan Taman Putra, Ampang
Sesi pertemuan bersama ahli di CIMB Taman Putra, telah berlangsung dengan diketuai oleh Ketua Zon KLSP, Sdr Yushamizan Bin Yusoff, bersama:
Naib Pengerusi KLSP, Sdr Mohd Faisal Bin Husin
AJK Cawangan, Sdr Saifulizan Bin Hajidan
Bendahari NUBE, Sdr Kennedy Kannan
Topik utama dibincangkan:
Kes FA & CA (dalam proses mahkamah) dan integriti pihak Pengurusan Atasan
Penindasan melalui Penilaian NPS, kerana ada segelintir ahli NUBE yang berkompromi dengan pihak HR untuk kepentingan diri masing-masing
Isu e-Learning yang digunakan untuk memperdayakan kita
Isu Kesihatan & Keselamatan (OSH) yang masih ditunggu penambah-baiknya
Cabaran industri perbankan yang semakin mencabar
Keperluan Kesatuan yang berwibawa, berpengalaman, berilmu, berani bertindak dan kukuh dalam solidariti
NUBE terus komited untuk mendengar, membela dan memperjuangkan hak ahli di setiap cawangan.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now