Lawatan Solidariti NUBE KT Perkukuh Suara dan Semangat Ahli di Kota Bharu
Pada 24 Julai 2025, satu lawatan solidariti telah dilakukan oleh barisan pemimpin NUBE Cawangan Kelantan / Terengganu ke beberapa buah bank di sekitar bandar Kota Bharu iaitu Hong Leong Bank, Bank Muamalat, Public Bank dan Affin Bank. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh semangat kesatuan dan memperjuangkan hak serta kebajikan ahli-ahli NUBE di tempat kerja.
Lawatan tersebut diketuai oleh Setiausaha Cawangan, Saudara Mohd Azizul Bin Fouzi, bersama Pegawai IR cawangan, Saudara Helmie Bin Ahmad, AJK Cawangan, Saudara Nik Mohamad Zulfazlie Bin Nik Mustoffa, Saudari Ida Ediawaty Binti Zakaria, Saudari Mardiana Binti A Rahim, dan Saudari Siti Khadijah Binti Ya.
Antara isu utama yang diketengahkan dalam lawatan ini termasuk:
Perjanjian Bersama (CA) dan Faedah Tambahan (FA) – Penjelasan dan penerangan diberikan kepada ahli berkenaan status terkini.
Isu e-Learning – Kebimbangan ahli terhadap pelaksanaan modul e-learning tanpa rundingan serta bebanan tambahan kerja dibincangkan secara terbuka.
Keprihatinan Tempat Kerja – Pihak kesatuan turut mengambil maklum beberapa isu dalaman termasuk tekanan kerja, kekurangan kakitangan, dan isu-isu yang melibatkan hak mereka di tempat kerja.
Lawatan ini turut menyaksikan sambutan positif daripada ahli-ahli yang hadir dan menyuarakan sokongan penuh terhadap perjuangan kesatuan. Rasa hormat dan kepercayaan terhadap kepimpinan kesatuan turut diluahkan apabila banyak persoalan dan cadangan dikemukakan oleh ahli.
NUBE Cawangan KT menegaskan komitmen mereka untuk terus menjadi suara kepada ahli, memastikan hak dan maruah setiap pekerja perbankan dipertahankan tanpa kompromi.
#NUBEKelantanTerengganu #NUBESolidarity #WorkersRights #MemberWelfare #UnionLeadership #VoiceOfWorkers #SolidarityVisit #StruggleTogether #SolidaritiNUBE #HakPekerja #KebajikanAhli #KepimpinanKesatuan #SuaraPekerja #LawatanSolidariti #PerjuanganBersama #NUBEMalaysia
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now