Buang Artikel 4(5) bukan sekadar tak masuk akal. Ia bertentangan dengan undang-undang!
MCBA nak buang Jawatankuasa Bersama dan terus lompat ke Menteri setiap kali ada pertikaian. Tapi siapa Menteri itu? Steven Sim, yang rekodnya jelas tak memihak pada pekerja.
Ini bukan sekadar keputusan zalim. Ini langgar semangat Akta Perhubungan Perusahaan dan juga ILO Konvensyen 98, yang Malaysia sendiri tandatangan sejak 1961.
ILO 98 jelas: rundingan kolektif mesti bebas dari campur tangan kerajaan.
Kalau Menteri sendiri jadi pintu depan untuk sabotaj rundingan, apa makna lagi Perjanjian Kolektif?
Ini bukan reformasi. Ini pembunuhan rundingan secara sah.
#CA20Disabotaj #KESUMAGagal #LanggarILO98 #TolakCampurTangan #ReformasiAtauRetorik #SuaraPekerja
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now