04 Aug 2025

BERITA NUBE

 

AHLI BANK ISLAM TEGUHKAN SOLIDARITI BERSAMA NUBE

Pada 22 Julai 2025, para pegawai NUBE Cawangan Perak telah berjaya mengadakan dua Mesyuarat Agung Tahunan yang berasingan di Bank Islam Seri Iskandar dan Cawangan Ipoh. Kedua-dua mesyuarat menyaksikan pelantikan Jawatankuasa Perhubungan (IRC) yang baharu, yang dibimbing dan diperkasa dengan pengetahuan untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.

Sepanjang sesi berlangsung, ahli menyuarakan kebimbangan serius, khususnya terhadap tekanan tidak langsung pihak bank ke atas kakitangan kerani untuk menerima kenaikan pangkat – satu taktik jelas untuk melemahkan kesatuan.

Pegawai NUBE telah memberi maklum balas terhadap isu ini, menasihati ahli serta IRC tentang langkah yang perlu diambil, dan mengulangi pendirian tegas NUBE dalam menentang amalan yang menindas ini.

Ahli turut diberikan maklumat terkini mengenai perkembangan Perjanjian Kolektif dan Bantuan Perayaan. Penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan oleh Menteri KESUMA, MCBA dan pihak bank, termasuk tindakan tidak sah dan diskriminasi terhadap ahli kesatuan, dikecam sekeras-kerasnya.

Ahli diingatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang usaha untuk memecah-belahkan kesatuan melalui penubuhan Kesatuan Dalaman (In-House Union). Langkah tidak bertanggungjawab ini hanya akan melemahkan solidariti pekerja. Ahli juga diingatkan tentang legasi NUBE sejak tahun 1958 – sebuah kesatuan yang terbukti memperjuangkan hak pekerja dan meningkatkan taraf hidup ahli serta keluarga mereka.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, keputusannya jelas – ahli kita kekal bersatu dan komited. Mereka berdiri teguh dan menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada NUBE dalam mempertahankan hak dan maruah mereka.

#NUBEPerak #BankIslam #UnionSolidarity #StopUnionBusting #WorkersRights #DefendWithDignity #CollectiveStrength #NUBEMalaysia #SolidaritiKesatuan #TolakPenindasan #HakPekerja #PertahanMaruah #KekuatanBersama

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]