05 Aug 2025

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NUBE DI PUBLIC BANK SEBERANG JAYA

“Solidariti Terus Diperkukuh, Perjuangan Tidak Akan Surut”

Seberang Jaya, 30/07/2025 – Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) NUBE bagi ahli-ahli di cawangan Public Bank Seberang Jaya telah berlangsung dengan penuh semangat perjuangan dan solidariti hari ini.

Mesyuarat turut diserikan dengan kehadiran pemimpin kesatuan Sdr. Abdul Jamil Haji Jalaludeen, Pengerusi NUBE Cawangan PKP merangkap Timbalan Presiden NUBE, Sdri. Marjaan Ketua Zon & Ahli Jawatankuasa Cawangan bersama-sama Sdr. Ayub, Sdr. Shukri dan Sdr L Baskaran, Ahli Jawatankuasa Kerja.

Kehadiran barisan kepimpinan ini menyuntik semangat luar biasa kepada ahli-ahli yang hadir menandakan bahawa suara akar umbi terus diberi perhatian serius.

Sdr. Abdul Jamil dalam ucapannya telah memberi kemas kini terkini berhubung perjuangan Perjanjian Kolektif NUBE yang kini berada di peringkat mahkamah. Beliau menegaskan bahawa pihak kesatuan tidak akan tunduk kepada tekanan pihak majikan yang enggan berunding secara adil.

Beliau turut menyentuh isu pelaksanaan sistem E-Appraisal oleh pihak bank yang disifatkan sebagai tidak telus dan mewujudkan tekanan terhadap pekerja. Beliau menegaskan bahawa kesatuan akan terus mendesak agar sistem penilaian dibuat secara adil, telus dan berasaskan objektiviti.

Sdr. Abdul Jamil menegaskan bahawa kekuatan NUBE terletak pada kesatuan hati dan tindakan bersama ahli-ahli di tempat kerja. Dalam suasana tekanan dari pihak pengurusan dan kelewatan pengiktirafan hak, kesatuan tidak boleh longgar malah perlu lebih erat dan agresif.

Penutup bicara Sdr. Abdul Jamil akhiri dengan mengingatkan ahli agar terus cakna menyertai aktiviti kesatuan serta melaporkan sebarang bentuk ketidakadilan yang berlaku di cawangan masing-masing.

#NUBEPKP #WorkerSolidarity #NUBEStruggle #WorkersRights #CollectiveStrength #NUBEMalaysia #PublicBank #UnionStrong #SolidaritiPekerja #PerjuanganNUBE #HakPekerja #KekuatanBersama #KesatuanTeguh

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]