Cakap ESG, Tapi Tolak Hak Asas Pekerja?
NUBE minta satu benda mudah dalam Artikel 5. Supaya bank ambil kira keselamatan, kesihatan & kebajikan pekerja bila mengurus operasi mereka.
MCBA tolak.
Inilah realiti sebenar sebalik jenama-jenama bank yang kononnya ‘champion ESG’. Di depan pelabur & media, mereka bangga dengan “Environment, Social & Governance” kononnya jaga manusia dan planet. Tapi bila pekerja minta nyawa, kesihatan & kebajikan diiktiraf secara rasmi dalam CA, mereka tutup muka.
Ini bukan kali pertama. Bank hari ini makin licik. Hak pekerja disorok, klausa penting dibuang, tanggungjawab dikaburkan. Mereka mahu segala kuasa, tapi tiada komitmen kepada nyawa di belakang kaunter.
Kalau dalam dokumen rasmi pun tak sanggup iktiraf hak pekerja, macam mana kita nak percaya mereka benar-benar peduli?
Ini bukan rundingan adil. Ini strategi halus untuk normalisasikan penindasan atas nama “transformasi”.
#CA20Sabotaged #KESUMAFailed #WorkersAreNotDisposable #ESGHypocrisy #VoiceOfTheWorkers #ReformOrRhetoric #KESUMAGagal #PekerjaBukanBarang #ESGHipokrit #SuaraPekerja #ReformasiAtauRetorik
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now