Mesyuarat Agung NUBE SMJ di Maybank Pontian
5 Ogos 2025 | 5:00 Petang – NUBE SMJ telah turun padang ke Maybank Pontian bagi mengadakan sesi Mesyuarat Agung bersama ahli-ahli di cawangan tersebut.
Antara delegasi NUBE SMJ yang hadir:
Sdra Norsyahril Kamarudin (BC)
Sdra Shariffudin Hassan (BC)
Sdra Mohd Zameer Ma’arof (ZL & WC)
Sdra Mohd Rozi Ismail (WC)
Sdra Mohd Hasri Bin Kamsan (WC)
Pertemuan ini diadakan bagi mendengar sendiri suara ahli, berkongsi perkembangan terkini kesatuan, serta memberi penjelasan berhubung isu penting – termasuk Perjanjian Kolektif (CA) yang telah dirujuk secara sepihak ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong. Tindakan ini jelas melanggar Konvensyen ILO 98 dan amat memalukan imej negara di peringkat antarabangsa.
Dalam sesi ini juga, kami memperkenalkan ahli IRC & WC yang baharu, Sdra Zainal – seorang yang berpengalaman, komited dan sentiasa bersama ahli dalam perjuangan. Kami berharap ahli NUBE di Maybank Pontian akan terus bersatu dan teguh mempertahankan hak bersama.
Delegasi turut mengambil kesempatan bertemu pihak pengurusan cawangan bagi memperkenalkan Sdra Zainal Abidin Abd. Kadir secara rasmi sebagai IRC dan ahli WC NUBE SMJ.
NUBE SMJ akan terus dekat dengan ahli – demi solidariti, hak dan maruah semua pekerja!
Turun ke Pontian mengikat janji,
Bersama ahli sehati sejiwa;
Adab dijaga, akhlak diberkati,
Ahli teguh sokong NUBE selamanya.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now