MCBA nak hapus cuti urusan kesatuan? Ini bukan sekadar zalim. Ini langgar undang-undang!
MCBA cuba buang hak cuti urusan kesatuan dari CA. Tapi ini bukan sekadar serangan terhadap NUBE. Ini langgar undang-undang Malaysia dan Konvensyen ILO 98 yang Malaysia sendiri tandatangan sejak 1961.
Seksyen 6 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 jelas: majikan wajib beri cuti kepada pegawai kesatuan untuk jalankan tugas mereka. Menafikan hak ini adalah pelanggaran undang-undang.
Konvensyen ILO 98 pula menegaskan: pekerja mesti bebas dari diskriminasi kerana kegiatan kesatuan. Menghalang cuti kesatuan adalah union busting terang-terangan.
MCBA tahu undang-undang. Tapi mereka sengaja langgar untuk lemahkan suara pekerja. Ini bukan rundingan. Ini sabotaj hak asasi pekerja.
#CA20Disabotaj #KESUMAGagal #LanggarILO98 #TolakCampurTangan #SuaraPekerja
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now