11 Aug 2025

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) CIMB Bank Air Itam – NUBE PKP

MEMBUDAYAKAN NILAI INTEGRITI DALAM PEKERJAAN

31 Julai 2025, Air Itam, Pulau Pinang – Pelantikan AJK Penyelaras (IRC) NUBE bagi sesi 2025/2026 di CIMB Cawangan Air Itam telah dilaksanakan melalui Mesyuarat Agung Tahunan yang dihadiri oleh Sdra Zainul Ahamad Mydin, Naib Pengerusi NUBE PKP, bersama AJK Cawangan NUBE PKP iaitu Sdra T. Eswaran PJM dan Sdra Alvin PJM.

Dalam mesyuarat ini, ahli-ahli NUBE dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan kejujuran, amanah, dan tanggungjawab dalam setiap tugasan yang dijalankan. Amalan ini penting untuk membina budaya kerja yang berintegriti, produktif, dan berkualiti.

Ahli-ahli turut berpendapat bahawa jika nilai integriti tidak diamalkan secara konsisten, ia boleh membawa kepada keruntuhan moral dan etika kerja, seterusnya memberi kesan negatif terhadap pembangunan negara.

Selain itu, ahli-ahli menyuarakan sokongan penuh terhadap perjuangan NUBE dalam isu Perjanjian Kolektif (CA) dan Bantuan Perayaan (FA).

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

#NUBEPKP #CIMBAirItam #UnionSolidarity #WorkplaceIntegrity #WorkersRights #NUBEStruggle #SolidaritiKesatuan #IntegritiPekerjaan #HakPekerja #PerjuanganNUBE #NUBEMalaysia

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]