12 Aug 2025

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NUBE MAYBANK KOMTAR, PULAU PINANG

“Solidariti Membara, Perjuangan Tidak Akan Padam”

Georgetown, Pulau Pinang | 8 Ogos 2025 – Mesyuarat Agung Tahunan NUBE bagi ahli Maybank Komtar telah berlangsung di NUBE House Penang/Kedah/Perlis dengan penuh semangat juang mempertahankan hak pekerja.

Majlis ini dimeriahkan oleh kehadiran Pengerusi NUBE Cawangan PKP, Sdr Abdul Jamil Bin Haji Jalaludeen, bersama barisan kepimpinan:

Sdri Siti Haryati (Setiausaha Kehormat)

Sdri Harinder Sonia (Bendahari Kehormat)

Sdri Marjaan

Sdri Cheng Alvin (AJK Cawangan)

Sdri Aslina & Sdri Mazira (AJK Kerja)

Kehadiran mereka membuktikan bahawa kepimpinan NUBE sentiasa dekat dengan akar umbi, mendengar suara ahli, dan mempertahankan kepentingan pekerja di lapangan.

Dalam ucapannya, Sdr Abdul Jamil menegaskan empat fokus utama perjuangan NUBE:

1. Memperkukuh solidariti ahli

2. Berani berdepan tekanan majikan

3. Mempertahankan prinsip kesatuan

4. Memastikan hak pekerja tidak digadai

Beliau turut mengemas kini perkembangan Perjanjian Kolektif (CA) yang kini berada di peringkat perbicaraan mahkamah, sambil menegaskan bahawa NUBE tidak akan tunduk kepada majikan yang enggan berunding secara adil.

Selepas pelantikan wakil IRC bagi tempoh 2025–2026, beliau mengingatkan agar wakil yang dilantik memastikan suara pekerja bergema di tempat kerja tanpa kompromi. Dengan nada tegas, beliau membidas Menteri Sumber Manusia, Steven Sim sebagai “kaki wayang mesra kapitalis dan majikan” yang gagal menunjukkan keberanian politik membela pekerja.

Menutup ucapannya, Sdr Abdul Jamil mengingatkan bahawa kekuatan NUBE terletak pada kesatuan hati dan tindakan bersama. Beliau menggesa semua ahli agar peka terhadap isu di tempat kerja, aktif dalam aktiviti kesatuan, dan berani melaporkan sebarang bentuk penindasan atau ketidakadilan.

#NUBEMalaysia #MaybankKomtar #SolidaritiKesatuan #PerjuanganPekerja #HakPekerja #UnionSolidarity #WorkersRights #NUBEStruggle #CollectiveStrength #DefendWorkers

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]