12 Aug 2025

BERITA NUBE

 

Bendera Untuk Pembuli – Mulakan Di Rumah, DAP

Anthony Loke Siew Fook sibuk nak mengedar Jalur Gemilang untuk pertahankan sebuah kedai di Pulau Pinang daripada pembuli tetapi dalam parti sendiri, Steven Sim Chee Keong sudah lebih setahun membuli 15,000 pekerja bank berpendapatan rendah. 

Merampas Perjanjian Kolektif kami dengan menghantarnya terus ke mahkamah tanpa sebarang rundingan.
Membantu bank-bank merampas manfaat yang kami perjuangkan berdekad lamanya.
Merompak gaji sebulan Bantuan Perayaan kami sejak 2024.
Menggunakan jentera kementerian untuk menekan dan cuba mendakwa pimpinan NUBE kerana aktiviti kesatuan yang sah.

Bila seorang peniaga diugut, DAP janji perlindungan dan perpaduan. 

Bila 15,000 pekerja bank dibuli, menteri kamu pula menyertai pembuli. 

Apa kata kamu hantar 15,000 bendera kepada Steven Sim, satu untuk setiap ahli NUBE yang masa depannya dihancurkan.

Atau sekurang-kurangnya 831 bendera untuk setiap kali dia mengganggu keamanan industri perbankan dan membuat keluarga B40 dan M40 menderita.

Ini bukan perpaduan, ini hipokrasi. Cermin diri sebelum mahu mengajar rakyat.

#DoubleStandards #WorkersDeserveBetter #UnityNotSpectacle #SimMustAnswer #StopIgnoringTheGround #CA20Disabotaj #KESUMAGagal #StandardDwiMuka #PekerjaBerhakDibela #PerpaduanBukanSandaran #SimMestiJawab #BerhentiAbaikanSuaraPekerja #CA20Disabotaj #KESUMAGagal #AntonyLoke #StevenSim

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]