LAWATAN KERJA NUBE PKP DI ZON SEBERANG JAYA
Seberang Jaya | 12 Ogos 2025 – Sdri Marjaan dan Sdr Ayub selaku Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP, bersama Sdr Shukri selaku Ahli Jawatankuasa Kerja, telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa cawangan bank di sekitar Seberang Jaya hari ini.
Antara cawangan yang dilawati:
1. Hong Leong Bank Berhad, Seberang Jaya
2. Maybank, Seberang Jaya
3. Public Bank Berhad, Seberang Jaya
Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan antara pihak kesatuan dan ahli-ahli di tempat kerja, di samping mendapatkan maklum balas berhubung isu-isu semasa yang dihadapi ahli.
Sepanjang lawatan, perbincangan turut menumpukan kepada:
1. Perkembangan terkini Perjanjian Kolektif (CA)
2. Cabaran di tempat kerja
3. Usaha memperkukuh semangat solidariti dalam kalangan ahli NUBE
NUBE PKP menegaskan komitmen untuk terus mendekati ahli, mendengar permasalahan mereka secara langsung, dan memastikan setiap isu yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya.
#NUBEPKP #SeberangJayaZone #WorkerSolidarity #WorkingVisit #WorkersRights #NUBEStruggle #CollectiveStrength #SolidaritiPekerja #LawatanKerja #HakPekerja #PerjuanganNUBE #KekuatanBersama
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now