NUBE SMJ bersama Ahli Maybank Setia Tropika
Khamis, 14 Ogos 2025 | 5.00 – 5.45 petang
Petang tadi, NUBE SMJ berkunjung ke Maybank Setia Tropika bagi sesi Meet & Greet bersama ahli-ahli kesatuan. Sesi singkat namun padat ini bertujuan menjalin silaturahim, menyampaikan maklumat semasa serta menyemai semangat perjuangan yang berterusan.
Hadir mewakili NUBE SMJ:
Bro. Norsyahril Kamarudin (BC)
Bro. Saiful Alam (WC)
Bro. Hafidh (BC)
Bro. Hasri (WC)
Antara isu yang disentuh dalam sesi ini:
Isu terkini berkaitan Collective Agreement (CA) yang telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan tanpa sebarang rundingan
Keperluan untuk ahli kekal bersatu
Pentingnya ahli mendapatkan maklumat dan bimbingan daripada wakil rasmi NUBE
Walaupun singkat, pertemuan ini mengukuhkan mesej bahawa NUBE sentiasa dekat dengan ahli – bukan hanya ketika senang, tetapi juga ketika tekanan datang daripada pihak atasan atau mereka yang cuba memecahbelahkan kesatuan dari dalam.
Pantun Solidariti
Turun ke Tropika bersama sahabat,
Salam dihulur, semangat dibina;
Budi dijunjung, hormat diangkat,
Ahli bersatu, NUBE dijaga.
Bersatu kita teguh, berpecah binasa,
Itu pesan sejak dahulu kala;
Jangan jadi api dalam sekam menyala,
Menghasut ahli demi agenda sendiri saja.
Adab terpelihara, akhlak dijaga,
Itulah tunjang perjuangan mulia;
Tiada guna jawatan dan pangkat di mata,
Jika mulut celupar merosak percaya.
NUBE SMJ akan terus berdiri bersama ahli – demi kebenaran, keadilan dan maruah pekerja!
#NUBESMJ #NUBEMalaysia #UnionThatCares #StrongerTogether #RespectIsOurStrength #KesatuanYangPeduli #BersatuTeguh #AdabItuCerminDiri
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now