Solidariti di Public Bank Jalan Raja Uda – Suara Perjuangan NUBE PKP
Seberang Jaya | 14 Ogos 2025 – Mesyuarat Agung Tahunan Public Bank Jalan Raja Uda telah berlangsung dengan jayanya bersama kehadiran Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP, iaitu Sdri Marjaan dan Sdr Ayub. Kehadiran mereka mencerminkan usaha berterusan NUBE untuk sentiasa dekat dengan ahli di cawangan, mendengar secara langsung isu dan cabaran di tempat kerja.
Dalam ucapan mereka, kedua-dua wakil menegaskan bahawa semangat solidariti sesama ahli adalah kunci kekuatan kesatuan – terutama ketika berhadapan dengan tekanan dan cabaran daripada pihak majikan.
Sdri Marjaan menyampaikan mesej penuh semangat bahawa kesatuan ini dibina atas asas perjuangan bersama dan setiap ahli memainkan peranan penting dalam mempertahankan hak-hak pekerja yang termaktub dalam Perjanjian Kolektif (CA).
Sdr Ayub pula menegaskan komitmen NUBE untuk terus memperjuangkan nasib semua ahli tanpa mengira latar belakang. Beliau mengajak semua warga Public Bank Jalan Raja Uda untuk bersatu dan memastikan suara ahli tidak dipadamkan.
Mesyuarat Agung ini sekali lagi membuktikan bahawa perjuangan NUBE PKP tidak pernah terhenti. Malah ia terus diperkukuh melalui hubungan rapat dengan ahli di lapangan. Semangat “Bersatu, Berjuang, Menang” kekal menjadi pegangan demi memastikan hak dan maruah pekerja sentiasa terpelihara.
#NUBEPKP #PublicBankRajaUda #WorkerSolidarity #WorkersRights #NUBEStruggle #UniteStruggleWin #UnionStrong #SolidaritiPekerja #HakPekerja #PerjuanganNUBE #BersatuBerjuangMenang #KesatuanKuat
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now