21 Aug 2025

BERITA NUBE

 

NUBE KLSP di Affin TRX

Jumaat lalu, 15 Ogos 2025 – AJK NUBE KLSP telah berjumpa dengan ahli-ahli Affin Bank di Ibu Pejabatnya di Menara TRX.

Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Sdra Mohd Rahmat Abd Hamid, selaku Ketua Zon H, bersama-sama dengan Setiausaha Cawangan NUBE KLSP Sdri A. Karuna, serta dibantu oleh AJK yang lain iaitu Sdra Mohd Fauzie, Sdra Nur Muhammad Tamjidullah, Sdri Azlina dan Working Committee Sdri Norzahikha.

Mesyuarat yang bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir hampir jam 8.30 malam ini dihadiri dengan penuh semangat oleh para ahli yang ingin memahami isu-isu berkaitan hak dan kebajikan pekerjaan mereka.

Fokus Kepentingan Ahli

Antara perkara utama yang disentuh ialah kepentingan ahli untuk memahami hak mereka. Kesedaran ini penting demi menjamin kesejahteraan pekerjaan serta memastikan ahli-ahli tidak dipinggirkan dalam sebarang urusan berkaitan kebajikan di tempat kerja.

Perkara Pokok di Affin Bank

Isu utama yang berbangkit di Affin Bank adalah mengenai Penilaian Prestasi yang tidak adil dan mengugut ahli-ahli. Penilaian Prestasi unilateral ini jelas menggugat kebajikan dan hak-hak ahli.

Kini ahli-ahli Affin Bank faham bahawa Penilaian Prestasi ini bukan sebahagian daripada syarat pekerjaan kerana:

1. Tidak termaktub dalam Perjanjian Kolektif (CA)

2. Affin Bank tidak pernah menjelaskan perkara ini kepada NUBE atau menyediakan sebarang perjanjian rasmi

3. Ahli-ahli NUBE tidak dibayar sebarang bonus prestasi, sedangkan pekerja kerani di Sarawak dibayar minimum dua bulan gaji

Bantuan Perayaan & CA ke-20

Perkembangan terkini mengenai Bantuan Perayaan (FA) turut dikongsikan, selain kemas kini tentang Perjanjian Bersama (CA) ke-20 yang menjadi perhatian penting dalam memperjuangkan hak-hak ahli di sektor perbankan.

Seruan NUBE KLSP

NUBE KLSP menegaskan bahawa semua ahli perlu bangkit berjuang bersama-sama dalam mempertahankan hak dan memastikan suara pekerja didengari oleh pihak pengurusan.

Tuntutan yang wajar mesti diutarakan kerana tiada apa yang akan diberikan secara percuma oleh pihak majikan.

Peranan IRC Affin Menara TRX

Dalam mesyuarat ini juga, IRC Affin Menara TRX dilantik oleh NUBE KLSP. Langkah ini diyakini akan mengukuhkan lagi usaha kesatuan dalam memperjuangkan kebajikan dan hak pekerja di Affin Bank.

#NUBEKLSP #AffinBankTRX #WorkerSolidarity #WorkersRights #UnionStrong #NUBEStruggle #SolidaritiPekerja #HakPekerja #KesatuanKuat #PerjuanganBersama #DefendCA #NUBEMalaysia

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]