26 Aug 2025

BERITA NUBE

 

Laporan Mesyuarat Tahunan Bersama Ahli NUBE – CIMB Jaya One, Petaling Jaya

? 20 Ogos 2025 – Mesyuarat Tahunan bersama ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) di CIMB Cawangan Jaya One telah berjaya diadakan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Zon Petaling Jaya, Sdri Azlina bersama Bro. Kennedy ?.

Antara agenda utama yang dibincangkan:

? Status terkini Perjanjian Kolektif (CA) dan Festival Aid (FA) ?

? Penjelasan artikel-artikel penting dalam CA

? Isu ergonomik di tempat kerja ?️?

? Kekurangan tenaga perkeranian di cawangan ?

? Isu-isu semasa lain yang dihadapi ahli

Ahli-ahli NUBE di cawangan ini mengambil peluang untuk mengemukakan pelbagai persoalan kepada wakil NUBE KLSP, bagi mendapatkan pencerahan yang lebih mendalam mengenai isu yang dibangkitkan. Sesi soal jawab berlangsung dalam suasana konstruktif, terbuka dan penuh semangat solidariti ✊.

NUBE KLSP amat menghargai sambutan mesra serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli di CIMB Jaya One ❤️. Terima kasih atas jemputan dan sokongan berterusan terhadap perjuangan NUBE dalam mempertahankan hak, maruah dan masa depan pekerja dalam industri perbankan ⚖️?.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]