SERUAN KEPADA SEMUA AHLI NUBE!
Sempena Merdeka ke-68, kita tidak sekadar mengibar bendera sahaja. Kita harus bangkit menyuarakan realiti yang sedang kita hadapi. Dengan mengambil semangat daripada slogan rasmi tahun ini, “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”, kami menyeru semua ahli untuk bersuara demi keadilan dan maruah pekerja.
Pekerja bank B40 semakin tertindas.
CA20 disabotaj.
Cuti kesatuan disekat.
Gangguan seksual disenyapkan.
Mahkamah diperguna untuk melambatkan keadilan dan KESUMA terus berdiam diri.
Lebih mengecewakan, bank-bank GLC yang kononnya pejuang ESG turut terlibat dalam menekan hak kesatuan.
Cukup-cukuplah. Suara kita mesti didengar.
Kami menyeru semua ahli untuk merakam video sendiri dan menyampaikan mesej kepada PMX, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya: "SILA SANTUNI ISU-ISU PENINDASAN KAMI OLEH KESUMA DAN BANK-BANK GLC."
Luahkan dari hati anda sendiri. Yang penting, suara itu jujur, jelas dan berani.
Selepas rakam, post di Facebook peribadi anda.
Jangan lupa:
Tag @AnwarIbrahim
Tag @NUBE
Guna hashtag rasmi: #SantuniKamiPMX
Ingat, Malaysia Madani bukan sekadar slogan.
Jika rakyat benar-benar ingin disantuni, kita mesti bersuara.Ayuh bangkit! Ini Merdeka kita. Ini perjuangan kita.
#SantuniKamiPMX #Merdeka68 #MalaysiaMadani #PekerjaBankB40 #SuaraPekerja #JusticeForWorkers #UnionStrong #HentikanPenindasan #RespectWorkersRights #SolidaritiBersama
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now