MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-68 – NUBE PENANG/KEDAH/PERLIS
Pulau Pinang | 29 Ogos 2025 – Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) Cawangan Penang/Kedah/Perlis telah meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-68 di NUBE House dengan penuh semangat patriotisme ?? dan kebersamaan .
Acara dimulakan pada jam 7.00 malam dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang oleh semua hadirin .
Suasana semakin bersemarak apabila Pengerusi Cawangan, Sdr. Abdul Jamil, dalam ucapannya menekankan bahawa erti kemerdekaan sebenar bukan sahaja bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas daripada penindasan dan ketidakadilan terhadap pekerja .
Beliau menegaskan: “Perjuangan pekerja bank khususnya golongan B40 masih perlu diteruskan agar suara mereka didengar dan kebajikan mereka dilindungi. Merdeka bukan hanya pada laungan, tetapi pada keberanian kita menegakkan keadilan.”
Majlis diteruskan dengan tayangan video montage sejarah perjuangan NUBE , jamuan makan malam , serta pertandingan mewarna & pakaian tercantik yang menceriakan lagi suasana. Persembahan santai dan lagu-lagu patriotik turut menghiburkan hadirin sebelum acara kemuncak – persembahan bunga api pada jam 10.00 malam yang menutup sambutan penuh meriah ini.
SELAMAT HARI MERDEKA KE-68!
#NUBEPKP #Merdeka68 #WorkerSolidarity #Unity #Patriotism #WorkersRights #SolidaritiPekerja #Kebersamaan #Patriotisme #HakPekerja #NUBEMalaysia
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now