SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-68 – NUBE KELANTAN/TERENGGANU (KT)
Tema: “Rakyat Disantuni”
29 Ogos 2025 (Jumaat)
8.30 pagi – 11.00 pagi
Pejabat NUBE KT
NUBE KT menyambut Hari Kemerdekaan Ke-68 dengan penuh semangat solidariti pekerja
. Tema tahun ini, “Rakyat Disantuni”, bukan sekadar slogan di poster – ia mesti diterjemahkan melalui layanan adil dan hormat kepada semua pekerja
.
Namun realitinya, masih ada pekerja yang berdepan intimidasi, surat amaran, dan budaya buli di tempat kerja ![]()
. Inilah cabaran sebenar yang harus kita tangani supaya erti kemerdekaan lebih bermakna – bukan hanya bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas daripada penindasan di tempat kerja.
Bagi memeriahkan sambutan, pelbagai aktiviti telah diadakan:
Permainan untuk kanak-kanak
Acara santai bersama keluarga
Jamuan ringan untuk ahli dan tetamu
NUBE KT menegaskan – Kemerdekaan bukan hanya pada laungan “Merdeka!”, tetapi pada keberanian memastikan pekerja bebas daripada penindasan. Hanya dengan solidariti pekerja, rakyat benar-benar disantuni dan maruah pekerja dapat dipertahankan ![]()
.
SELAMAT HARI MERDEKA KE-68! ![]()
![]()
#NUBEKelantanTerengganu #Merdeka68 #WorkerSolidarity #PeopleFirst #WorkersRights #SolidaritiPekerja #RakyatDisantuni #HakPekerja #NUBEMalaysia
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now