01 Sep 2025

BERITA NUBE

 

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-68 – NUBE SMJ

? JOHOR | 31 Ogos 2025 – Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) Cawangan SMJ telah meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-68 di NUBE House dengan penuh semangat patriotisme ?? dan kebersamaan ?.

Acara dimulakan pada jam 1.00 tengah hari dengan bacaan doa oleh Sdr. Faizal, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan Setia ? sambil setiap hadirin mengibarkan Jalur Gemilang ??. Suasana menjadi semakin bersemarak apabila semua hadirin bersatu hati melaungkan MERDEKA sebanyak tiga kali sebagai simbolik kemerdekaan ✊??.

Ucapan penuh semangat disampaikan oleh Naib Pengerusi Cawangan, Sdr. Evelyn, yang menekankan bahawa erti kemerdekaan sebenar bukan sahaja bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas daripada penindasan dan ketidakadilan terhadap pekerja ⚖️.

? Upacara diteruskan dengan ucapan Presiden NUBE merangkap Setiausaha Cawangan, Sdr. Michael Tan, yang menegaskan:

“Perjuangan pekerja bank khususnya golongan B40 masih perlu diteruskan agar suara mereka didengar dan kebajikan mereka dilindungi. Merdeka bukan hanya pada laungan, tetapi pada keberanian kita menegakkan keadilan.” ✊?

Majlis diteruskan dengan tayangan video montage sejarah perjuangan Kemerdekaan Malaysia ?, disusuli dengan jamuan makan yang menyelerakan ?️. Pihak cawangan turut membuat kejutan ? untuk Sdr. Michael Tan dengan sambutan hari lahir yang menambahkan lagi keceriaan suasana. ?

SELAMAT HARI MERDEKA KE-68! ???

#Merdeka68 #WorkerSolidarity #Unity #Patriotism #WorkersRights #UnionSolidarity #Togetherness #JusticeForWorkers #SolidaritiPekerja #Kebersamaan #Patriotisme #HakPekerja #NUBEMalaysia

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]