HARI KELUARGA NUBE 2025 – PENDAFTARAN DITUTUP
Saudara-saudari, sambutan kali ini sungguh luar biasa ![]()
![]()
Dalam masa singkat sahaja, 1000 tempat penuh! Ini bukti bahawa semangat perpaduan & solidariti keluarga besar NUBE tidak pernah luntur ![]()
![]()
Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar untuk menyertai Hari Keluarga NUBE 2025 di Sunway Lost World of Tambun, Ipoh. Kehadiran anda dan keluarga akan menjadikan hari itu penuh makna dan kenangan indah bersama-sama. ![]()
![]()
![]()
Kepada semua peserta yang berjaya mendaftar, sila hubungi cawangan NUBE masing-masing untuk menyelesaikan bayaran yuran komitmen RM50 (tidak akan dipulangkan) bagi mengesahkan penyertaan anda.
Solidariti bukan sekadar di tempat kerja, tetapi juga bila kita berkumpul sebagai satu keluarga besar. Inilah kekuatan kita – bersama kita teguh, bersatu kita menang. ![]()
![]()
#NUBEFamilyDay #WorkersSolidarity #HariKeluargaNUBE #SolidaritiPekerja #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now