02 Sep 2025

BERITA NUBE

 

Laporan Mesyuarat Bersama Ahli NUBE – CIMB Jalan Tar

? 28 Ogos 2025 – Mesyuarat Tahunan bersama ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) di CIMB Cawangan Jalan Tar telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Zon, Sdra. Mohd Fauzie Bin Mohd Yusof, dengan sokongan daripada Sdra. Nur Muhammad Tamjidullah, Sdra. Kennedy Kannan dan Sdra. Hada Syahme Mat Hanip ?.

Antara agenda utama yang telah dibincangkan ialah:

? Perkembangan terkini mengenai Perjanjian Kolektif (CA) dan Festival Aid (FA) ?

? Penjelasan berkenaan artikel-artikel penting dalam CA

? Isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

? Beberapa isu semasa lain yang dihadapi oleh ahli

Ahli-ahli NUBE di cawangan ini telah menggunakan kesempatan tersebut untuk mengemukakan pelbagai persoalan kepada wakil NUBE KLSP. Pertanyaan dan pandangan yang dikongsikan telah menerima penjelasan dengan teliti, menjadikan sesi soal jawab berlangsung dalam suasana yang terbuka, harmoni dan penuh semangat solidariti ✨.

Pihak NUBE KLSP amat menghargai sambutan mesra serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli di CIMB Jalan Tar ❤️. Terima kasih atas undangan serta sokongan berterusan dalam memperkukuh perjuangan NUBE demi mempertahankan hak, maruah dan masa depan pekerja dalam industri perbankan.

✊? P/s: Untuk semua ahli cawangan CIMB dan bank-bank lain — ayuh, terus kita semarakkan semangat kebersamaan dan perjuangan ini, demi kesejahteraan bersama.

#NUBEMalaysia #NUBEKLSP #CIMBJalanTar #WorkerSolidarity #UnionStrong #WorkersRights #StruggleTogether #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #PerjuanganBersama

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]