05 Sep 2025

BERITA NUBE

 

Lawatan Kerja Rasmi & Mesyuarat Agung Tahunan – CIMB Alor Gajah, Melaka

? 30 Julai 2025 | Alor Gajah, Melaka – Walaupun bulan Julai hampir melabuhkan tirai, semangat dan perjuangan ahli-ahli NUBE dari akar umbi hingga ke pucuk pimpinan tidak pernah padam ✊?.

Kali ini, giliran CIMB Alor Gajah Melaka menerima lawatan kerja rasmi daripada NUBE SMJ, diketuai oleh Sdr. Shah Alam bersama Sdr. Aznor dan Sdr. Hafizi ?.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan sesama ahli ?. Dalam suasana di mana MCBA terus melanggar hak-hak ahli yang termaktub dalam CA, semua ahli diingatkan untuk kekal bersatu padu, memperkuatkan solidariti agar kesatuan tidak mudah dirobohkan oleh badai ciptaan majikan ??.

Sokongan padu ahli terbukti apabila warga CIMB Alor Gajah turut mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi melantik IRC baharu sesi 2025/2026 ?.

Dalam mesyuarat ini, ahli meluahkan ucapan terima kasih ? kepada kepimpinan NUBE yang telah berjuang dengan penuh keikhlasan dan dedikasi demi mencapai misi bersama – hidup pekerja bermaruah, hak dipertahankan ⚖️.

? “Hidup NUBE! Hidup NUBE!”

NUBE Selamanya… ???

#NUBESMJ #CIMBAlorGajah #WorkerSolidarity #WorkersRights #SolidaritiPekerja #HakPekerja #KesatuanKuat #UnionStrong #NUBEMalaysia

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]