LAWATAN NUBE PERAK KE MAYBANK & PUBLIC BANK TELUK INTAN
26 Ogos 2025 | Teluk Intan – Pegawai-pegawai Cawangan NUBE Perak meneruskan usaha mendekati akar umbi melalui lawatan rasmi ke Maybank dan Public Bank Teluk Intan.
Delegasi ini diketuai oleh:
Sdr. Thiagarajan
Sdr. Raj
Sdr. Azizul Nizam
Sdr. Mohd Ariff
Tujuan lawatan ini adalah untuk:
1. Memperkukuh ikatan solidariti antara pimpinan dan ahli
2. Mendengar secara langsung suara, isu dan cabaran ahli di tempat kerja
3. Menegaskan komitmen NUBE dalam mempertahankan Perjanjian Kolektif (CA) dan melindungi kebajikan pekerja
Ahli di kedua-dua cawangan diingatkan bahawa solidariti adalah senjata kita, kesatuan adalah kekuatan kita. Pegawai juga menggalakkan ahli agar terus aktif, menyertai program kesatuan, serta berdiri teguh menentang sebarang cubaan melemahkan hak pekerja.
“Bersama kita teguh. Perjuangan NUBE adalah perjuangan setiap pekerja – demi keadilan, maruah dan penghormatan di tempat kerja.”
#NUBEPerak #TelukIntan #Maybank #PublicBank #WorkerSolidarity #UnionStrong #WorkersRights #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #NUBEMalaysia
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now