Lawatan Solidariti NUBE ke Kepala Batas
Kepala Batas 11/09/2025 - NUBE Penang/Kedah/Perlis terus membuktikan komitmen untuk bersama ahli di lapangan melalui Lawatan Solidariti ke Kepala Batas. Lawatan kerja yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Mohd Ayup dan Sdri Nur Marjaan telah turun ke lapangan dengan komited menyatakan sokongan padu serta mendengar sendiri isu-isu semasa pekerja bank.
Cawangan yang dilawati:
1. CIMB Bank Kepala Batas
2. Bank Islam Kepala Batas
3. Public Bank Kepala Batas
Perjumpaan penuh mesra bersama ahli dengan fokus terhadap isu beban kerja dan kebajikan di tempat kerja. Perbincangan menekankan kepentingan kesatuan dalam melindungi hak pekerja serta memastikan suasana kerja yang adil.
Lawatan ini membuktikan bahawa NUBE bukan sekadar nama tetapi sebuah keluarga besar. Dengan adanya solidariti, semangat perjuangan akan terus menyala demi kebajikan semua ahli. Ahli NUBE menyampaikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan NUBE sambil berkongsi cabaran harian yang dihadapi.
NUBE akan terus turun padang, mendengar suara ahli, dan memastikan hak pekerja sentiasa dipertahankan!
#NUBE #WorkerSolidarity #MemberWelfare #UnitedWeStand #WorkersRights #SolidaritiPekerja #MaybankTamanMaluri #JobSecurity #KebajikanAhli #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now