Kalau pekerja cedera semasa kerja, siapa patut tanggung?
NUBE tuntut agar bank bayar kos perubatan dan beri pencen bulanan kepada mangsa kemalangan kerja. Ini bukan hadiah. Ini hak minimum untuk pekerja yang hilang keupayaan demi tugas.
MCBA tolak. Kata mereka, “ada insurans”, “ada SOCSO”.
Tapi kita tahu insurans ada had. SOCSO tak cukup untuk tanggung hidup jangka panjang. Bila pekerja terbaring sakit atau hilang upaya, adakah bank nak biar mereka hidup melarat?
Pekerja sumbang tenaga demi untung bank. Bila mereka jatuh, adakah bank akan terus lari?
Ini bukan soal kewangan. Ini soal keadilan dan maruah. Kalau syarikat besar tak sanggup jaga orang yang pernah jaga mereka, itu bukan bisnes. Itu pengkhianatan.
#CA20Disabotaj #KESUMAGagal #WorkersNotDisposable #JusticeForTheInjured #PekerjaBukanSampah #KeadilanUntukMangsa #SuaraPekerja #ReformasiAtauRetorik
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now