17 Sep 2025

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) RHB Bank, Bayan Point - NUBE PKP

Bayan Lepas , Pulau Pinang 10/09/2025 - Pegawai Nube PKP iaitu Bendahari Kehormat Nube PKP iaitu Sdri Harinder Kaur PJM bersama AJK Cawangan Sdra Alvin PJM juga telah hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)RHB Bank Cawangan Bayan Point.

Mesyuarat ini bertujuan untuk melantik AJK Penyelaras (IRC) bagi sesi 2025/2026. Pelbagai perkongsian ilmu, pengetahuan mengenai skop pekerjaan dan isu semasa kesatuan turut dibincangkan.

Selain itu ahli - ahli juga diingatkan agar sentiasa:-

1. Menjaga Etika dan Integriti

2. Bersikap profesional seperti tiba tepat pada masa

3. Mahu belajar dan meningkatkan diri

Ahli juga perlu menjaga dan memelihara solidariti kerana tanpa solidariti perjuangan mudah digagalkan. Sebaliknya solidariti yang utuh, pelbagai ancaman yang hebat pasti boleh dihadapi bersama dan mampu membawa kepada perubahan yang nyata.

Solidariti bukan hanya tentang bersama ketika senang, tetapi kekal teguh bersama ketika susah.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]