19 Sep 2025

BERITA NUBE

 

Lawatan NUBE PKP ke Maybank Pulau Tikus, Pulau Pinang

Hari ini, kepimpinan NUBE PKP yang diketuai oleh Pengerusi Cawangan Sdr. Abdul Jamil Haji Jalaludeen bersama Sdr. Baskaran telah mengadakan lawatan rasmi (Lawatan Kerja Zon) ke Maybank Pulau Tikus, Pulau Pinang.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk:

Memperkukuh ikatan solidariti bersama ahli.

Menyampaikan perkembangan terkini berkaitan kesatuan.

Mendengar serta membincangkan isu-isu dan cabaran yang dihadapi ahli di tempat kerja.

Rata-rata Ahli yang ditemui menyatakan rasa bangga dan berpuas hati dengan kehadiran pimpinan NUBE PKP yang sentiasa komited, dekat di hati ahli, serta konsisten membela kepentingan pekerja.

NUBE Malaysia akan terus berdiri teguh, berani, dan bersatu padu bersama ahli dalam memastikan kebajikan, keadilan, dan hak pekerja sentiasa dipertahankan tanpa kompromi.

Solidariti Selamanya!

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]