Lawatan NUBE PKP ke UOB Jalan Bishop, Pulau Pinang
Hari ini, NUBE PKP yang diketuai Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen bersama Sdr Eswaran dan Sdr Baskaran telah mengadakan Zone Visit ke cawangan UOB Jalan Bishop, Pulau Pinang.
Dalam lawatan ini, Sdr Jamil berkongsi perkembangan perjuangan NUBE, menekankan kepentingan solidariti serta memberi amaran tentang kezaliman 17 CEO & MCBA yang tamak dan cuba menggugat keharmonian pekerjaan.
Ahli-ahli juga diberi pencerahan berkenaan ancaman Artificial Intelligence (AI) yang semakin mengambil alih kerja-kerja bank serta isu berkaitan Skim Insurance Kelompok AIA yang memberi kesan besar kepada pekerja.
Ahli-ahli UOB menyatakan sokongan penuh, bertekad untuk terus berdiri bersama kesatuan dan berbangga dengan kehadiran kepimpinan NUBE PKP di cawangan mereka.
Solidariti terus diperkukuh – Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now