YB Steven Sim Chee Keong Rampas Sinar Deepavali Deepavali tinggal sebulan sahaja lagi.
Pada 20 September 2025 ini, ahli-ahli Hindu NUBE sepatutnya sudah menikmati Bantuan Perayaan Deepavali 2025 mereka. Namun, seri dan cahaya harapan untuk menyambut Pesta Cahaya telah dirempuh gelap—dikeruhkan oleh Menteri Sumber Manusia sendiri, YB Sim.
Sim mengadakan pertemuan rahsia dengan bank pada 2024 untuk mensabotaj usaha gigih NUBE yang akhirnya berjaya mendapatkan sebulan gaji sebagai Bantuan Perayaan melalui Perjanjian FA pada April 2023.
Apa yang Sim lakukan? Dia mengkhianati 50,000 rakyat Malaysia secara terang-terangan; mencampakkan perjanjian itu ke tepi dan memberi bank laluan percuma. Beginilah pengkhianatan seorang Menteri yang berpura-pura pejuang rakyat”?
Keangkuhan Sim memang tiada tandingan—malangnya ia hanya menghancurkan, bukan membina.” Inilah hasil kelas master DAP.
Menteri diberikan amanah untuk melindungi rakyat daripada ditipu, tetapi di sini ada Menteri yang melacurkan amanah apabila melindungi bank daripada dipertanggungjawabkan.
Dulu DAP digelar wira pembangkang—lantang menjerit menghentam menteri walau atas silap sekecil zarah. Tetapi kini, bila sudah berkuasa, dan menteri mereka sendiri, Sim, merompak secara terang-terangan, seluruh DAP memilih untuk diam membisu. Diam yang memekakkan telinga.
Sim telah membuktikan khabar angin bahawa Masterclass ideologi DAP hanyalah melindungi kepentingan korporat sambil berpura-pura memperjuangkan hak pekerja. Sim mengenakan topeng “reformasi” yang dihias indah, tetapi sebenarnya membuka laluan untuk yang kaya bertambah kaya dan yang miskin makin papa kedana.
Ini membuatkan kita tertanya-tanya — apakah “ganjaran” yang dibisikkan bank ke telinga Sim atau DAP?
Adakah DAP mendapat keistimewaan khas hanya kerana parti itu memegang kerusi terbanyak dalam Parlimen bagi kerajaan gabungan?
Adakah ini akan menjadi Malaysia Madani: Rakyat Disantuni atau Malaysia Kakistokrasi: Elit Diperkayakan,RakyatDipinggirkan?
Walau apa pun halangannya, ahli NUBE tidak akan berundur. Kami akan terus berjuang sehingga bank mengembalikan hak sebenar kami — Bantuan Perayaan bagi semua perayaan bersamaan gaji sebulan.
KAMI SEDANG MENUNGGU!!!
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now