Artikel 17(2): Bukti Disekat, Keadilan Diputar
Bila seorang pekerja dituduh, masa depan mereka dipertaruhkan. Maruah, periuk nasi, dan keadilan semuanya bergantung pada siasatan dalaman.
Hari ini nota siasatan hanya diberi jika pekerja tandatangan. Tiada tandatangan = tiada salinan, tiada bukti. NUBE tuntut rakaman audio penuh & nota bertulis diberi tanpa syarat. Bukti adalah hak pekerja, bukan milik majikan.
Tapi apa kata MCBA? Mereka bantah. Kenapa? Sebab bila pekerja ada rakaman dan bukti bertulis, mereka boleh lawan balik. Manipulasi dan putar belit tidak lagi boleh disembunyikan.
Jangan silap. Ini bukan isu prosedur kecil. Ini soal kebenaran. Kalau MCBA yakin proses adil, kenapa takut dengan rakaman dan nota?
#CA20Sabotaged #KESUMAFailed #RightToDefend #FairInquiry #VoiceOfWorkers #CA20Disabotaj #KESUMAGagal #HakBelaDiri #SiasatanTelus #SuaraPekerja
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now