26 Sep 2025

BERITA NUBE

 

SIRI LAWATAN ZON GEORGETOWN – NUBE PKP

23 September 2025 | CIMB Pulau Tikus

Hari ini, NUBE PKP yang diketuai oleh Sdra. Abdul Jamil Haji Jalaludeen (Pengerusi NUBE PKP) bersama Sdra. Baskaran, telah meneruskan Siri Lawatan Zon Georgetown dengan mengunjungi CIMB Pulau Tikus.

Kehadiran kami disambut penuh mesra oleh IRC Chairman, Sdra. Hussien, bersama ahli-ahli cawangan. Suasana penuh kebersamaan ini sekali lagi meneguhkan ikatan antara kepimpinan dan ahli.

Dalam sesi ini, ahli-ahli diberikan:

Pendedahan mengenai kezaliman 17 CEO bank

Penjelasan tentang penindasan Steven Sim & MCBA terhadap pekerja berpendapatan rendah

Pencerahan tentang bagaimana masalah ahli dapat diselesaikan dengan sokongan NUBE

Ahli-ahli CIMB Pulau Tikus melahirkan rasa gembira dan bangga dengan kunjungan ini serta bertekad untuk terus berdiri teguh bersama NUBE menentang segala bentuk penindasan.

Solidariti bukan hanya hadir ketika senang, tetapi tetap bersama ketika susah. Dengan perpaduan yang kukuh, tiada halangan yang tidak mampu kita hadapi.

#NUBEPKP #Solidarity #GeorgetownZoneVisit #WithMembers #UnionStrong #WorkersVoice #NUBESolidarity #WorkersUnite #EndOppression #JusticeForWorkers #Solidariti #LawatanZonGeorgetown #BersamaAhli #KesatuanKuat #SuaraPekerja #NUBESolidariti #PekerjaBersatu #HapusPenindasan #KeadilanUntukPekerja

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]