27 Sep 2025

BERITA NUBE

 

 

Zumba Panaskan Suasana NUBE Family Day 2025!

Lebih daripada 1,200 ahli Keluarga NUBE bersama keluarga memulakan pagi dengan penuh tenaga apabila aktiviti senamrobik Zumba menjadi acara pembuka tirai NUBE Family Day 2025 di Lost World of Tambun, Ipoh.

Irama muzik rancak menggegarkan suasana, disertai langkah bertenaga yang dipimpin jurulatih zumba berpengalaman. Dari kanak-kanak hingga warga emas, semua bergerak serentak mengikut rentak, mencetuskan suasana ceria, penuh gelak tawa dan keriangan.

Zumba bukan sekadar senaman, malah ia menyatukan ahli keluarga dan rakan seperjuangan dalam satu aktiviti yang menyeronokkan. Ia menjadi simbol gaya hidup sihat, perpaduan, dan semangat kebersamaan yang dibawa oleh NUBE.

Aktiviti ini bukan sahaja menyegarkan tubuh, malah membangkitkan semangat peserta untuk terus menikmati pelbagai acara lain sepanjang hari di taman tema. Semuanya diraikan dengan penuh semangat “One for all, all for one!”

#NUBEFamilyDay2025 #ZumbaFun #LostWorldOfTambun #SolidaritiPekerja #oneforallallforone

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]